
PROGRAM KERJASAMA KAMI


“Penghayatan terhadap sejarah Baginda Rasulullah s.a.w. adalah salah satu daripada asas pembentukan insan yang bertaqwa”
Seven H Resources telah berjaya menghasilkan Program kerjasama yang dikenali sebagai Perjalanan Penuh Makna. Program ini diwujudkan secara holistik untuk memberi pendedahan kepada golongan muda terhadap kepentingan ilmu dan aplikasinya dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Penghayatan terhadap sejarah Baginda Rasulullah s.a.w. adalah salah satu daripada asas pembentukan insan yang bertaqwa.
Program ini juga memberi penekanan kepada pembinaan jati diri dan memberi peluang kepada individu untuk membuat persiapan awal sebelum mendirikan rumahtangga atau sebelum menunaikan Umrah & Ziarah di Tanah Suci, Insya’Allah. Program Perjalanan Penuh Makna ini juga berkeupayaan memberi kesedaran mendalam kepada mereka yang menyertainya terutamanya setelah pulang dari Tanah Suci.
Program Perjalanan Penuh Makna ini juga membuka ruang baru kepada agensi pelancongan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Umrah & Ziarah yang ditawarkan agar memberi kesan positif kepada bakal-bakal jemaah yang mengikuti pakej Umrah & Ziarah. Pengurusan 7HR boleh menyesuaikan kandungan Program Perjalanan Penuh Makna supaya dapat menepati keperluan agensi pelancongan.

“memperbaiki jati diri sebagai asas pembentukan insan bertaqwa…”
Program Perjalanan Penuh Makna ini ditawarkan kepada individu muslim yang bersedia memperbaiki jati diri sebagai asas pembentukan insan yang bertaqwa lantas melahirkan perasaan cinta terhadap Allah s.w.t. dan Kekasih Nya Rasulullah s.a.w. dengan penuh penghayatan. Antara perkara yang memberi kesan positif dalam usaha ini adalah dengan;
١
Kenalpasti
hala tuju
Mengenalpasti objektif yang jelas bagi mengenalpasti hala tuju dan tujuan kehidupan mereka sendiri seawalnya terutamanya kepada individu yang bercita-cita meningkatkan kerjaya dan juga bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga agar dapat menambahbaik cara kehidupan berkeluarga yang lebih berkualiti dan diberkati Allah s.w.t., Insya’Allah.
٢
Fahami perjalanan secara praktikal
Memahami dan mencontohi pengorbanan Rasulullah s.a.w. tidak semudah yang dibayangkan bagi setiap muslimin & muslimat. Hanya dengan penghayatan secara praktikal dapat memberi kesan yang mendalam apabila seseorang itu mengalami suasana di Tanah Suci. Alangkah bertuahnya sekiranya dapat menyelami perjalanan baginda dalam menyampaikan risalah Islam di Tanah Suci dan menjadi umat Baginda s.a.w. yang disayangi.
٣
Beramal
dengan penuh penghayatan
Melaksanakan ibadah dengan penuh khusyuk adalah matlamat individu muslim apabila mendirikan solat. Kesedaran akan hakikat di sebalik setiap perlakuan ibadah yang disyariatkan berdasarkan pengalaman dan penghayatan ibadah itu sendiri akan memberi kesan mendalam yang dapat membantu kekhusyukan dalam ibadah. Alangkah bertuahnya menjadi tetamu Allah s.w.t. dengan persediaan awal yang akan memberi kelebihan dan ketenangan apabila melaksanakan ibadah di Tanah Suci.
Pakej yang ditawarkan



Proses pendaftaran program


Manfaat buat para peserta
- Perkongsian ilmu mengenai kaedah penggunaan ‘Peta Minda’ dan keberhasilannya.
- Perkongsian ilmu yang bermanfaat yang memberi kesan positif dari segi mental dan rohani untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang.
- Mengenalpasti keperluan peribadi secara sistematik sebelum menunaikan Umrah & Ziarah.
- Memperbetul paradigma untuk meningkatkan kejayaan di dunia dan akhirat.



7HR MY STORE

Kelengkapan Umrah & Harian Anda
Beli-belah di mana jua anda berada
Beli kelengkapan umrah dan pakaian fesyen mengikut keselesaan anda dengan 7HR My Store secara atas talian.



MENGENAI KAMI
SEVEN H RESOURCES
Seven H Resources (7HR) telah ditubuhkan sebagai pelopor kepada inisiatif-inisiatif pengasas kami dalam kalangan veteran yang berpengalaman dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan bimbingan agama yang berusaha secara sukarela untuk meningkatkan jati diri golongan muda agar menjadi insan yang bertaqwa melalui Program Perjalanan Penuh Makna. 7HR juga menawarkan kaedah penggunaan ‘Peta Minda’ untuk mengenalpasti dan menyelesaikan permasalahan yang boleh memberikan kesan positif yang mendalam kepada kehidupan dan kerjaya para peserta. Program ini juga menggalakkan golongan muda untuk berkunjung ke Baitullah di Makkah Al-Mukarramah dan Makam Rasulullah s.a.w. di Madinah Al- Munawwarah melalui pakej Umrah & Ziarah mampu bayar dengan kerjasama agensi pelancongan.
PERKHIDMATAN KAMI
Seven H Resources (7HR) ditubuhkan bertujuan untuk memberi perkhidmatan tambahan kepada individu, kumpulan dan agensi pelancongan untuk meningkatkan nilai tambah kepada aktiviti-aktiviti harian mahupun aktiviti menunaikan ibadah Umrah & Ziarah secara praktikal bagi memberi kesan yang mendalam lagi berkualiti untuk mencari keberkatan dalam kehidupan.
7HR menawarkan perkhidmatan untuk membuat penilaian dan pilihan pakej Umrah & Ziarah yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan yang bertauliah secara teliti dari segi kualiti perkhidmatan melalui mutawif-mutawif mereka yang berpengalaman di Tanah Suci bagi memastikan bajet dan jadual mengikut kemampuan pelanggan agar memberi nilai wang tambah.
7HR juga menawarkan perkhidmatan penempahan penginapan, majlis dan acara. 7HR My Store menawarkan kelengkapan pelancongan dan koleksi barangan harian yang menekankan kepada aspek Halal. Program Perjalanan Penuh Makna ini dicipta bagi memberi pilihan kepada masyarakat untuk membentuk keadaban kehidupan sebagai seorang muslim yang bukan sahaja mampu memberi contoh kepada generasi akan datang malahan kepada mereka yang beragama lain juga. Dalam hal yang sama, 7HR juga menawarkan perkhidmatan bimbingan khusus kepada kumpulan profesional dan golongan muda yang bersedia untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi dan bermakna terutamanya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. sebagai umat Rasulullah s.a.w., Insya’Allah.
GALERI
Foto kenangan manis bersama Jemaah Umrah & Ziarah bulan September, 2025.
INFAQ KE JALAN ALLAH S.W.T.
‘Infaq ke jalan Allah s.w.t.’ adalah salah satu cabang Program Perjalanan Penuh Makna yang diilhamkan bertujuan menyediakan platfom atas talian secara terbuka khusus bagi memberi peluang kepada pihak individu atau syarikat perniagaan yang ingin menginfaqkan sebahagian daripada harta atau keuntungan perniagaan mereka secara ikhlas setelah menunaikan kewajipan zakat untuk ;
1. Kelestarian Surau-surau Jumaat yang diusahakan oleh penduduk setempat bagi memberi kemudahan kepada jemaah setempat mahupun dari luar yang hadir menunaikan ibadah demi memperkasakan Agama Islam.
2. Kelestarian Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim (Islam) yang diusahakan oleh individu-individu prihatin secara sukarela demi membela nasib anak-anak yatim yang masih memerlukan kasih sayang serta memastikan keperluan asas mereka sentiasa mencukupi.
7HR memberi perkhidmatan percuma kepada Surau-surau Jumaat dan Rumah Kebajikan Anak Yatim (Islam) yang berhajat untuk mendapatkan sumbangan ikhlas daripada masyarakat beragama islam bagi memberi manfaat kepada masyarakat dan golongan anak yatim. Selain daripada itu 7HR juga mempamerkan Kit Kifayah sebagai salah satu produk tempatan yang boleh diinfaqkan untuk masyarakat islam yang ditimpa musibah. Ini dapat mengurangkan beban mereka yang kehilangan ahli keluarga yang tersayang yang boleh disumbangkan sebagai fardu kifayah dan akan dihimpun dalam buku amalan kebaikan penyumbang. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dalam kalangan golongan professional muda yang beragama Islam untuk saling membantu secara ikhlas bagi menyalurkan bantuan kepada pihak-pihak yang terlibat selain daripada mendedahkan mereka tentang betapa pentingnya amalan sedekah jariah yang akan memberi kebaikan yang berkekalan kepada mereka di dunia hingga akhirat, Insya’Allah, sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.
[Riwayat Muslim (1631)]

HUBUNGI KAMI
Anda boleh menghubungi kami dengan menghantar e-mel anda kepada kami seperti berikut:
Emel: customerservice@7hrsc.com
atau hubungi kami di talian;
Tel: +603 7962 7016
PERHATIAN
Pihak Seven H Resources ingin memaklumkan orang awam supaya berhati-hati sebelum membuat sebarang pembayaran berkaitan dengan Program Perjalanan Penuh Makna kami. Pihak kami tidak melantik mana-mana individu, kumpulan atau syarikat perniagaan untuk mewakili pihak kami bagi mengutip sebarang pembayaran untuk pendaftaran atau pendanaan Program Perjalanan Penuh Makna kami. Sebarang pembayaran pendaftaran dan pakej Program Perjalanan Penuh Makna hanya dilaksanakan melalui akaun bank rasmi Seven H Resources yang sah setelah mendapat pengesahan daripada pihak kami. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya pembayaran dibuat luar daripada proses yang dinyatakan dalam laman web 7hrsc.com kami. Sila maklumkan pihak kami melalui email; scamreport@7hrsc.com sekiranya terdapat aktiviti yang dinyatakan di atas untuk tindakan lanjut dan segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.


















