
Infaq ke Jalan Allah s.w.t.
– KIT KIFAYAH –
Pihak Seven H Resources (7HR) secara percuma mempamerkan Kit Kifayah keluaran Pejabat Pos Malaysia yang merupakan set kelengkapan bagi memudahkan pengurusan jenazah umat Islam. Set ini boleh dibeli terus daripada Pejabat Pos Malaysia yang berdekatan dengan harga RM200.00 seunit untuk Semenanjung dan RM 220.00 seunit untuk Sabah dan Sarawak yang boleh diinfaqkan kepada masjid dan surau.
Bagi mereka yang berkeinginan untuk menginfaqkan kit ini tetapi tidak berkesempatan untuk melakukan sendiri, pihak Seven H Resources juga menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan penghantaran Kit Kifayah melalui Pejabat Pos Malaysia ke masjid atau surau yang ingin diserahkan. Bagi pihak penginfaq, tambahan kos penghantaran dan pengurusan* perlu ditanggung oleh pihak penginfaq sendiri.
- Tiga helai kain kafan (2.5m x 60inci)
- Sehelai kain kemban
- Sehelai serban / tudung
- Sehelai baju / gamis
- Dua helai sarung bantal
- Lima helai tali (2m x 2inci)
- Dua gulung kapas
- Sebotol air mawar
- Akar sintok
- Sepuluh batang putik kapas
- Sebatang celak
- Sebotol kapur barus
- Sebotol serbuk cendana / pacai
- Sebotol minyak attar
- Sebuku sabun
- Apron plastic
- Plastik sampah
- Dua set sarung tangan getah
- Satu set topeng muka (face mask)
- Panduan pengurusan jenazah
Seven H Resources menawarkan perkhidmatan untuk memudahkan umat Islam berinfaq terutamanya bagi keluarga-keluarga miskin yang kehilangan ahli keluarga yang tersayang dan tidak mampu membiayai kos pengurusan jenazah. Kaedah ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang sedang dialami oleh ahli keluarga muslim tersebut Insya’Allah. Semoga mereka yang menginfaqkan sebahagian daripada harta mereka untuk keperluan saudara muslim yang ditimpa musibah akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah s.w.t. di dunia sehingga di akhirat.