Soalan Lazim

Pertanyaan Am
Penyampaian dan Teknologi
  1. Bagaimanakah sesi bimbingan akan dijalankan?
    Sesi bimbingan akan dijalankan secara atas talian untuk empat modul yang pertama dan secara bersemuka untuk modul yang terakhir.
  2. Platform manakah yang akan digunakan untuk mengendalikan sesi bimbingan?
    Sesi penyampaian program akan dijalankan melalui platform Google Meet atau Microsoft Team. Kami akan menghantar “invitation link” kepada anda melalui e-mel.
    Jika anda memerlukan langkah-langkah untuk menggunakan platform ini sila rujuk laman web Google Meet dan Microsoft Team seperti di bawah
    -Google Meet: https://support.google.com/a/users/answer/9829914?hl=en
    -Microsoft Team: https://support.microsoft.com/en-us/office/join-a-meeting-in-microsoft-teams-1613bb53-f3fa-431e-85a9-d6a91e3468c9
  3. Adakah penyampaian dalam bentuk video, audio atau kedua-duanya?
    Penyampaian adalah secara “live” atas talian dan peserta akan disediakan dengan nota bagi mengikuti sesi bimbingan. Peserta DIWAJIBKAN untuk membuka kamera dan menunjukkan muka sepanjang sesi berlangsung bagi tujuan pengesahan kehadiran.
  4. Adakah saya memerlukan sebarang pemasangan perisian (software) atau aplikasi untuk menyertai program ini?
    Peserta hanya perlu mempunyai pelayar web (web browser) dan sambungan internet yang stabil untuk mengakses kursus ini dan nota panduan secara atas talian.
  5. Bagaimanakah jika sesi saya terganggu sewaktu dalam penyampaian?
    Peserta boleh sahaja masuk kembali sesi tersebut melalui link yang sama selagimana sesi masih berlangsung.
Penjadualan dan Ketersediaan
  1. Bagaimanakah sesi bimbingan akan dijadualkan?
    Sesi penyampaian akan diadakan sebanyak 3 kali seminggu mengikut jadual (akan dimaklumkan).
  2. Adakah sesi bimbingan boleh diselaraskan jika saya berada dalam zon waktu yang berbeza?
    Tuan/Puan boleh menyertai mana-mana sesi yang telah dijadualkan.
  3. Apakah dasar untuk penjadualan semula atau ketidakhadiran sesi?
    Sekiranya Tuan/Puan terlepas sesi taklimat yang sebelumnya,Tuan/Puan boleh menyertai sesi yang berikutnya yang telah dijadualkan.
Pembayaran dan Pengebilan
  1. Kaedah pembayaran yang manakah diterima?
    Hanya kaedah “bank transfer” sahaja yang diterima bagi pembayaran setiap program buat masa ini.
  2. Adakah sesi dibilkan secara individu, dalam pakej, atau melalui retainer?
    Pembayaran adalah mengikut harga pakej secara “once-off”.
  3. Bilakah pembayaran perlu dibuat?
    Peserta perlu membayar yuran pendaftaran dan yuran program secara penuh sebelum boleh mendapat akses kepada program yang dipilih.
  4. Adakah bayaran balik atau kredit tersedia?
    Tidak, bayaran balik dan kredit tidak tersedia bagi mana-mana pakej program.
  5. Adakah resit disediakan untuk tujuan pelepasan cukai pendapatan atau peribadi?
    Ya, resit akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran pakej yang telah lengkap.
Pensijilan dan Pentauliahan
  1. Apakah yang akan peserta terima sebagai tanda pencapaian selepas tamat program yang diikuti?
    Para peserta yang telah melengkapkan kesemua sesi dalam pakej yang diikuti akan dianugerahkan dengan Sijil Tamat Program yang dikeluarkan secara rasmi oleh Seven H Resources.
  2. Adakah program ini mendapat pentauliahan dari mana-mana pihak?
    Program kami dihasilkan dengan kerjasama para pakar industri yang bertauliah.
Penglibatan dan Proses
  1. Berapakah tempoh sesi yang biasa?
    Dua (2) jam bagi setiap modul, yang berjumlah lima (5) modul.
  2. Sejauh manakah proses bimbingan ini diperibadikan?
    Proses bimbingan secara peribadi boleh diteruskan selepas tamat program jika peserta berminat. Bagi maklumat lanjut berkenaan harga dan prosedur yang seterusnya, sila hubungi Seven H Resources melalui e-mel atau Whatsapp.
  3. Adakah sesi Q&A tersedia antara sesi?
    Ya, sesi Q&A akan dijalakan secara interaktif selepas setiap sesi program yang diikuti.
Hasil dan Jangkaan
  1. Bagaimanakah kemajuan dan hasil dijejaki?
    Peserta akan melalui proses penilaian bagi memastikan peserta benar-benar memahami sesi pembelajaran sebelum mengikuti sesi yang seterusnya. Tiada istilah lulus atau gagal dalam penilaian ini.