PERKHIDMATAN KAMI
1.
PENGIKLANAN &
PROMOSI
Kami menawarkan platform pengiklanan dan promosi untuk perniagaan dalam dan luar negara dengan kaedah pemasaran yang berkesan secara terus kepada pelanggan seperti perkhidmatan pelancongan dan lain-lain.


Pengiklanan Pelancongan Wonders of Wonderful Places atau juga dikenali sebagai ‘WOW Places’ adalah platform pengiklanan yang dibina bertujuan untuk mendedah dan mempromosikan destinasi-destinasi menarik yang boleh dilawati oleh para pelancong dari dalam mahupun luar negara.

2.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Kami juga menawarkan Kursus Pembangunan Kerjaya khusus untuk golongan muda, lepasan SPM, siswazah atau bakal usahawan dalam kalangan belia bagi menyediakan mereka dengan kaedah aplikasi yang berkesan mengikut kemampuan mereka dalam usaha meningkatkan modal insan dalam negara.



Manfaat buat para peserta
- Mempelajari kaedah penggunaan ‘Peta Minda’ dan memantau keberhasilannya secara sistematik dan berkesan.
- Mempelajari kaedah mengenalpasti dan membina kerjaya secara holistik.
- Mempelajari proses membina minda yang kreatif dan positif untuk membina individu sebagai ‘Pemikir Kritis’ (Critical Thinker) untuk jawatan penting.
- Mempelajari kaedah mengalih paradigma secara sistematik untuk meningkatkan produktiviti dan keberhasilan secara berkesan.
- Mempelajari kaedah membentuk keterampilan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berjaya.











