Seven H Resources (7HR) telah ditubuhkan sebagai pelopor kepada inisiatif-inisiatif pengasas kami dalam kalangan veteran yang berpengalaman dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan bimbingan agama yang berusaha secara sukarela untuk meningkatkan jati diri golongan muda agar menjadi insan yang bertaqwa melalui Program Perjalanan Penuh Makna atau dikenali juga sebagai Program PPM.
Program PPM ini juga memperkenalkan perkhidmatan bimbingan melalui Kursus Pembangunan Kerjaya yang dilaksanakan oleh 7HR untuk kumpulan remaja lepasan SPM, siswazah dan juga profesional dalam kalangan generasi muda yang ingin berjaya ke tahap yang lebih tinggi dan bermakna demi mencari keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. sebagai umat KekasihNya, Rasulullah s.a.w., Insya’Allah.
