

“Penghayatan terhadap sejarah Baginda Rasulullah s.a.w. adalah salah satu daripada asas pembentukan insan yang bertaqwa”
Pengenalan
Seven H Resources telah mewujudkan Program Perjalanan Penuh Makna atau juga dikenali sebagai ‘Program PPM’ bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan muda terhadap kepentingan ilmu dan aplikasinya dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim secara holistik selain mengajak mereka untuk menghayati sejarah Baginda Rasulullah s.a.w. sebagai salah satu daripada asas pembentukan insan yang bertaqwa.
Program PPM ini memberi penekanan kepada pembinaan jati diri agar dapat menimbulkan kesedaran mendalam bagi mereka yang mengikutinya termasuk mereka yang berkunjung ke Tanah Suci.
Program PPM ini juga membuka ruang baru kepada agensi pelancongan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Umrah & Ziarah yang ditawarkan bagi memberi kesan positif kepada bakal-bakal jemaah yang mengikuti pakej Umrah & Ziarah. Pengurusan 7HR boleh menyesuaikan kandungan Program PPM ini supaya dapat menepati keperluan agensi pelancongan.

Ilmu & Aplikasi
Memberi pendedahan kepada golongan muda terhadap kepentingan ilmu dan aplikasinya dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim

Jati Diri & Kesedaran
Menekankan pembinaan jati diri dan menimbulkan kesedaran mendalam yang berpanjangan setelah pulang dari Tanah Suci

Hayati sejarah Rasulullah s.a.w.
Penghayatan terhadap sejarah Baginda Rasulullah s.a.w. sebagai salah satu daripada asas pembentukan insan yang bertaqwa
Langkah-langkah positif semasa penyertaan
Program Perjalanan Penuh Makna ini ditawarkan kepada individu muslim yang bersedia memperbaiki jati diri sebagai asas pembentukan insan yang bertaqwa lantas melahirkan perasaan cinta terhadap Allah s.w.t. dan Kekasih Nya Rasulullah s.a.w. dengan penuh penghayatan. Antara langkah yang memberi kesan positif dalam usaha ini adalah dengan;
1. Kenalpasti hala tuju
Mengenalpasti objektif yang jelas bagi mengenalpasti hala tuju dan tujuan kehidupan mereka sendiri seawalnya terutamanya kepada individu yang bercita-cita meningkatkan kerjaya dan juga bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga agar dapat menambahbaik cara kehidupan berkeluarga yang lebih berkualiti dan diberkati Allah s.w.t., Insya’Allah.

2. Fahami perjalanan secara praktikal
Memahami dan mencontohi pengorbanan Rasulullah s.a.w. tidak semudah yang dibayangkan bagi setiap muslimin & muslimat. Hanya dengan penghayatan secara praktikal dapat memberi kesan yang mendalam apabila seseorang itu mengalami suasana di Tanah Suci. Alangkah bertuahnya sekiranya dapat menyelami perjalanan baginda dalam menyampaikan risalah Islam di Tanah Suci dan menjadi umat Baginda s.a.w. yang disayangi.

3. Beramal dengan penuh penghayatan
Melaksanakan ibadah dengan penuh khusyuk adalah matlamat individu muslim apabila mendirikan solat. Kesedaran akan hakikat di sebalik setiap perlakuan ibadah yang disyariatkan berdasarkan pengalaman dan penghayatan ibadah itu sendiri akan memberi kesan mendalam yang dapat membantu kekhusyukan dalam ibadah. Alangkah bertuahnya menjadi tetamu Allah s.w.t. dengan persediaan awal yang akan memberi kelebihan dan ketenangan apabila melaksanakan ibadah di Tanah Suci.

Proses Pendaftaran Program

GALERI
Foto kenangan manis bersama Jemaah Umrah & Ziarah bulan September, 2025.
INFAQ KE JALAN ALLAH S.W.T.
‘Infaq ke jalan Allah s.w.t.’ adalah salah satu cabang Program Perjalanan Penuh Makna yang diilhamkan bertujuan menyediakan platform atas talian secara terbuka khusus bagi memberi peluang kepada pihak individu atau syarikat perniagaan yang ingin menginfaqkan sebahagian daripada harta atau keuntungan perniagaan mereka secara ikhlas setelah menunaikan kewajipan zakat untuk ;
1. Kelestarian Surau-surau Jumaat yang diusahakan oleh penduduk setempat bagi memberi kemudahan kepada jemaah setempat mahupun dari luar yang hadir menunaikan ibadah demi memperkasakan Agama Islam.
2. Kelestarian Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim (Islam) yang diusahakan oleh individu-individu prihatin secara sukarela demi membela nasib anak-anak yatim yang masih memerlukan kasih sayang serta memastikan keperluan asas mereka sentiasa mencukupi.
7HR memberi perkhidmatan percuma kepada Surau-surau Jumaat dan Rumah Kebajikan Anak Yatim (Islam) yang berhajat untuk mendapatkan sumbangan ikhlas daripada masyarakat beragama islam bagi memberi manfaat kepada masyarakat dan golongan anak yatim. Selain daripada itu 7HR juga mempamerkan Kit Kifayah sebagai salah satu produk syarikat tempatan yang boleh diinfaqkan untuk masyarakat islam yang ditimpa musibah bertujuan mengurangkan beban mereka yang kehilangan ahli keluarga yang disayangi.
Kaedah ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dalam kalangan golongan masyarakat yang beragama Islam untuk saling membantu secara ikhlas dan mengingati sesama sendiri akan betapa pentingnya amalan sedekah jariah yang akan berkekalan bersama mereka di dunia hingga akhirat, Insya’Allah, sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.
[Riwayat Muslim (1631)]

PERHATIAN
Pihak Seven H Resources ingin memaklumkan orang awam supaya berhati-hati sebelum membuat sebarang pembayaran berkaitan dengan Program Perjalanan Penuh Makna kami. Pihak kami tidak melantik mana-mana individu, kumpulan atau syarikat perniagaan untuk mewakili pihak kami bagi mengutip sebarang pembayaran untuk pendaftaran atau pendanaan Program Perjalanan Penuh Makna kami. Sebarang pembayaran pendaftaran dan pakej Program Perjalanan Penuh Makna hanya dilaksanakan melalui akaun bank rasmi Seven H Resources yang sah setelah mendapat pengesahan daripada pihak kami. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya pembayaran dibuat luar daripada proses yang dinyatakan dalam laman web 7hrsc.com kami. Sila maklumkan pihak kami melalui email; scamreport@7hrsc.com sekiranya terdapat aktiviti yang dinyatakan di atas untuk tindakan lanjut dan segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.

