Destinasi Popular

Masjid Al-Haram
MAKKAH
Masjid ini berdiri sebagai tempat paling suci di muka bumi, dengan Kaabah di pusatnya iaitu kiblat umat Islam serta rumah ibadah pertama yang dibina untuk manusia

Masjid Al-Nabawi
MADINAH
Tempat kedua paling suci selepas Masjidil Haram, terkenal dengan kubah hijau di mana terletaknya kediaman dan makam Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda

Al-Balad
JEDDAH
Sebuah Tapak Warisan UNESCO, bandar lama ini merupakan pelabuhan perdagangan yang pesat dan menjadi laluan utama jemaah haji suatu ketika dahulu

Kampung Dhi Ayn
AL-BAHAH
Dikenali sebagai Kampung Marmar dengan bongkahnya yang berkilauan, kampung ini menawarkan budaya, sejarah lalu dan pemandangan semulajadi yang indah

Perpustakaan Kebangsaan Raja Fahd
RIYADH
Mercu tanda ikonik Riyadh yang menghimpunkan koleksi ilmu yang mencerminkan warisan budaya Arab Saudi

Kampung Ushaiqer
NAJD
Kampung ini menawarkan pengalaman indah & budaya tradisional kepada pencinta sejarah dengan seni bina bata lumpur serta reka bentuk bandar seolah ‘maze’

Rijal Alma
ASIR
Perkampungan yang berusia 900 tahun ini menempatkan Muzium Warisan yang menyimpan lebih 2000 artifak bersejarah, sesuai bagi yang mendambakan ilmu baharu

Wadi Al-Dissah
TABUK
Terletak di kawasan pergunungan barat daya Wilayah Tabuk, lembah ini terkenal dengan kelimpahan air bawah tanah, pokok palma, dan herba liar




