Destinasi Popular

Tembok Besar China
BEIJING
Sebuah siri kubu pertahanan yang dibina pada zaman silam China merentasi sempadan utara sebagai perlindungan daripada pelbagai kumpulan nomad

Kota Terlarang
BEIJING
Kompleks istana empayar purba terbesar di dunia ini merupakan kediaman & pusat pemerintahan maharaja daripada Dinasti Ming dan Qing selama hampir 6 abad

Taman Hutan Zhangjiajie
HUNAN
Terkenal dengan formasi batu menyerupai tiang yang menjadi ciri khas lukisan purba serta inspirasi filem fantasi moden, ia adalah salah satu ketakjuban alam

Pergunungan Qilian
QINGHAI
Merupakan salah satu banjaran gunung utama di China malah turut kaya dengan deposit mineral serta kepelbagaian ekologi yang mengagumkan

Lembah Jiuzhaigou
SICHUAN
Sebuah taman negara yang menakjubkan di utara Sichuan; terkenal dengan air terjun bertingkat dan tasik pergunungan yang berwarna-warni

Tasik Kanas
XINJIANG
Tasik glasier yang dalam ini menampilkan perubahan warna air daripada biru kehijauan kepada hijau gelap mengikut musim dan keadaan cuaca

Gunung Pelangi Danxia
GANSU
Terletak di Taman Negara Zhangye, pergunungan ini menampilkan formasi batu pasir & mineral yang menampakkan kesan lapisan yang berwarna-warni seperti pelangi

Pergunungan Huangshan
ANHUI
Merupakan banjaran gunung granit yang terkenal dengan puncak-puncak yang curam, pokok pain yang berpintal dan lautan awan yang penuh misteri

Harbin: Ibu Kota Ais HEILONGJIANG
Diselubungi salji dan cahaya berkilauan, Harbin memukau dengan istana ais, aktiviti luncur ais dan festival ais antarabangsa yang diadakan pada setiap tahun

Suzou, Vanice Timur
JIANGSU
Suzhou terkenal dengan rangkaian rumit terusan indah, jambatan batu dan seni bina tradisional sepanjang pesisir air serta taman landskap mini yang klasik






